
Assalamulaikum..
Melayan mata yang payah untuk tertutup telah mengakibatkan aku nak menaip pagi-ii buta ni.
Sekarang tepat 1.20a.m tiba-ii terpanggil untuk berbicara tentang keikhlasan walaupun diri ini tidaklah sesempurna mana. Sekadar berbicara melalui setiap patah perkataan yang di taip.
Menunaikan solat 5 waktu.
Membaca Al-Quran.
Sentiasa Berzikir.
Bersedekah.
Membuat kebaikan kepada orang lain.
Lalu kita ceritakannya kepada orang lain tentang segala ibadah
dan kebaikan yang kita telah lakukan.
Adakah untuk dijadikan sebagai contoh tauladan kepada orang lain untuk berubah ke arah kebaikan atau sekadar untuk meninggi diri?
Tepuk dada tanya hati :)
Cukuplah hanya antara kau dan Allah yang tahu segala kebaikan yang kau dah lakukan.
Lakukanlah tanpa meminta perhatian manusia atau pulangan ganjaran pahala.
Segalanya kerana Allah.
p/s: tidak semestinya perkara yang baik dimata kita akan baik dipandangan Allah :)
mornite guys
